Monday, November 29, 2010

Salah Aku :(

Semlm memang kerja bodoh. Aku mmg cari pasal. Aku beritau dia jgn cari aku lagi. Kita tak de masa depan bersama, utk apa kita mcm ni. Sudah takdir Tuhan tidak menemukan kita dari dulu lagi. Maka itu bukanlah jodoh kita. :(

Kata2 itu membuat dia benar2 marah. Tentulah marah sebab tak semena2 dpt utusan sebegini. Perit hati nak buat keputusan yg aku sendiri tahu dia tak kan setuju. Kita memang rapat. Semua rahsia kita kongsi bersama. Tapi aku tahu lama2 perasaan tu berputik. Aku sayang dia seperti mana kita kenal dulu hingga skrg. Tapi aku tak mengharap yg kita dpt hidup bersama. Itu mustahil!!!

Sesak nafas ni bila aku hancurkan hati & perasaan seseorang yg begitu baik dan sayang aku. Separuh nyawa ni terasa bila dia tertekan mcm tu. Aku minta maaf...aku tak niat nak kecewakan hati sapa2. Aku bukan sengaja menyakiti hatimu. Ampunkanlah aku.... :(

Mlm tadi tak mampu aku lelapkan mata...mcm tayangan video satu demi satu melintas kotak fikiran ini. Kadang2 aku tersenyum sendirian mengenangkan apa yg kita dah buat sewaktu aku berada di KL tak lama dulu. Kita ke Karaoke jahanamkan lagu org...hehehhe... aku ketawa guling2 (betul2 guling kat sofa tau) Dia selamba jek nyanyi tak hiraukan aku yg dah tak kuar suara tapi hanya ketawa kuat2. Betapa seronoknya waktu tu. Masa kita nak balik, hujan agak lebat kita berteduh di Pav. Masa tu kita merepek bukan2....punyalah sejuk waktu tu. Sama2 beku kesejukan tapi boleh tergelak kuat depan org ramai. Hahahhaha... aku tak lupa semua tu. Sewaktu kita menuruni tangga aku hampir tersandung, dia sambut aku. Nasib tak jatuh tergolek kat escalator. Terus dia mengendong aku...Ya Allah!!!! Malunya aku masa tu Tuhan je tahu. Sebab ramai org pandang kita masa tu. Aku sibuk minta diturunkan tapi dia tetap mengendong aku hingga ke kereta. Sampai mat salleh yg cross jln raya pun ketawa je tgk telatah kita. Dia asyik marah aku sebab mengeluh & membebel je. Dia cakap.."Biarlah org nak cakap pe"

Setiap kali aku mula terasa seronok semua benda yg kita share tu, tibe2 aku menangis lagi. Aku akan kehilangan semua itu... :( Aku akan rindu semua tu. Tak de lagi org yg akan bebelkan aku. Tak akan ada lagi org yg akan marah aku bila aku merungut kena buli dgn bos. Tak de lagi org yg akan pujuk aku walaupun aku yg noty kacau dia pastu kena marah. Memanglah dia garang tapi dia tegas utk kebaikan aku jgn jadi lembik gurl dia cakap. Kali ni dia betul2 marah.... betul2 bengang dgn aku. :(

Apa aku nak buat skrg? Dah call...tak jawab. Dah sms...tak reply. Dah send msg kat FB pun tk reply gak. Nak jumpa??? Mustahil dia nak jumpa aku kalau dah mcm ni. ERRRKKKKKKK...knp la susah sgt nak pujuk ni??? Dia senang jek kalau pujuk aku. :( aku nak nangis......

Saturday, November 27, 2010

20 & 21 Nov 2010 De Rhu Beach Resort, Kuantan

2D 1N trip ke Kuantan. Jadi gak plan kali ni. Rasa lega bila kita pergi berehat di tempat yg org tk kenal kita. Tapi sangkaan tu meleset sebab aku asyik kena skodeng. Rimasnye!!! Pegi Bali pun tak cam ni. :(

Seronok sgt2 dpt tgk laut. Rasa aman...damai... tenang... kanak2 mandi manda.. Itu la saat2 paling indah buat aku. Tanpa FB tanpa gangguan dari org2 yg aku kenali. Knp aku tk mahu diganggu??? Aku btl2 tgh buntu. Byk sgt masalah lately. Sedih. down giler2. Aku blh menitis airmata bila2 je.. kt mana2 je... bahaya kan? Tah la... aku tak terkata dah...

Hari kedua di De Rhu..kena ngurat dgn sumone... hehehhe mmg mcm cite hindustan. Perjalanan blk ke Segamat bkn la dirancang utk lalu Pekan. Takdir Tuhan kot nak aku pergi situ. Lalu betul2 dpn je jln rumah my sayang. Call tak jawab. Sms dia beritau aku kt Pekan tapi dia tak jwb pn call. :( Apa nk buat org dah benci. So bertambahlah sedih aku ni.

Ya Allah... kuat sungguh dugaanMu kali ni. Semua sekali serentak Kau beri. Tak terdaya aku melawanya. Aku dah give up..... :(

Friday, November 19, 2010

Hancur Hatiku

Hari raya haji disambut dgn sederhana. Aku bergerak ke JB pd mlm raya (16/11/10) Khamis pagi2 balik semula ke Sgmat. Saja nak spend time dgn Aifa and family. Esok aku sekeluarga nak ke Kuantan pula nak berehat & holiday. Dah lama tak contact my sayang. No more calls. No more smses. No more massage. Dia pun bukan suka aku buat semua tu. Dan kami terus begini hampir 2 weeks. Ya Allah... andai benar perhubungan ini direstuiMu... kau lindungilahnye Ya Allah. Aku juga punya harga diri & maruah. Takkan aku nk terkejar2kan dia je. Tak guna kalau aku sorang je yg ada perasaan cinta & sayang. Entah lah...... aku tak boleh fikir waktu ini.

Semoga semuanya selamat... amin.
Really miss my sayang..... :(