Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

2 hari misi membuat kuih raya selesai arini. Kuih untuk my sayang pun dah siap. Seronok sgt.
Malam merdeka...aku call my sayang. Lama bersembang hingga tak sedar dah 4.15am heheheh nak sahur dah. So happy berbual dgn dia. Becoz memang dah lama aku tak call dia. Rindu sgt2!!

Mcm2 topic kami bualkan..dr demam, minum air byk2 biar kencing buang panas semua tu, pasal kuih raya, kucing demam, pasal mengundi, pasal dia nak gi KL, etc. Penuh gelak tawa kami. Kadang2 aku sebak...dia menenangkan aku, mengingatkan aku bahawa jgn lupa dia telah hilang separuh nyawa dia 3 yrs ago. Saat2 begini baru aku menyedari bahawa dia amat senang dgn kehadiran aku dlm hidup dia. Tak pernah sekali dia memarahi aku dgn meninggikan suaranya. Kami sering berkongsi masalah..gembira ..suka duka... Aku tahu dia sunyi... sepi...sendirian di sana.

Syukur kami ditemukan 3 bulan yg lalu....
Sayang...walau apa pun terjadi i tetap akan berada disamping u. Tak kira apa pun jadi nasib & takdir kita selepas ini. I cuma minta u bersabar ye sayang...ada rezeki you nanti.
Love u very much sayang!

Your Sayang~~
Diah Yunalis

Sunday, August 29, 2010

Shopping & Cinta

Semalam sehari suntuk shopping kat Melaka. Cari bahan2 utk membuat kuih. Cari baju raya. Mcm2 nak cari :P aku dpt beli sehelai baju kurung. Jadi la utk raya tahun ni bukan seronok sgt pun nak beraya kali ni. Entah knp........

Hari ni juz berehat kat rumah, terlalu letih bershopping semalam. Talk to my sayang..dia demam. Aku call semlm berkali2 tak jawab so send sms may be dia terasa dgn sms tu. Aku worry sgt2 bila dia menyepi begitu. Sebab naluri aku berkata dia not in good condition. Aku harap dia bertambah sihat esok.....degil...sakit suka tanggung sorang2 tak nak share.

Esok misi membuat kuih bermula......
Selamat malam...

Friday, August 27, 2010

Sepi

Sepanjang minggu ni aku tak banyak cakap sgt. Aku sensitive sgt lately. Sikit je boleh buat aku tersentuh. Sikit je boleh buat aku menangis. Sayu...sepi...hati ini....

Hari ni seperti biasa bz kat office. Cuti kot tu yg ramai customer. Lepas solat zohor sambung baca novel aku. Hahaahhaha...blh terkasima lak menangis... kantol btl tadi. ;) Then turun balik nak sambung keje..sampai kat tepi pintu.......menjerit aku terkezuutttt... si Syahir sergah aku. Bukan main syok dia gelakkan aku terkejut. Bagai nak luruh jantung aku. Nasib aku tk ketuk dia tadi. Kurang asam betul tau!

Aku mula bercuti esok hingga 31 Ogos. Nak buat persiapan hari raya. Tadi je inti tart nenas aku dah hangus. Adoiiiii la... knp niii???? Nak tido awal tapi mata tak ngantuk lak. Ayah balik dari terawih je dah hulur sekotak burger kat aku...hehehehehe..... mcm best jek..

Seronok ptg tadi tgk pelangi...siap paksa Becky tgk sekali tadi. Heheheheh... degil ek ;) Becky pun sejak dua menjak ni bukan main manja dgn aku. Nak mkn suap2 la... nak gesel2 la... nak dukung la... manja bukan main lagi dia. Ok la... nak mkn burger lak sambil tgk tv :P

Thursday, August 26, 2010

Birthday Mom

Hari ni birthday mak yg ke 57 thn. Tak de la sambut besar-besaran. Mcm biasa mkn satu family. Mcm biasa jugak mak order apa dia nak then anak dia ni tlg bayar :P Lari gak budget nak raya ni tapi bagi je la..tah bila lagi aku nak merasa saat mcm ni bila org tua dh tak de nanti.

Hari ni jugak sebenarnya aku ok je dari pagi tadi. Keje mcm biasa jugak. Bz sikit hari ni tapi boleh manage lagi la. Juz agak berkecil hati... jauh hati...terasa hati... dgn sumone. Tak pe la... hope dia tak tau............

Tak de mood nak sambut raya tahun ni....apa pun tak buat persiapan lagi. Esok may be nak ke kedai beli langsir utk bilik aku ni. Plan nak beli colour orange or peach sebab nak match kan dgn conforter beli aritu colour orange. Then nak ke Melaka shopping sabtu ni. Tgk la nanti apa yg berkenan di hati nak beli. Kena beli baju kurung gak..... :( dah lama tak beli baju kurung or kebaya. Then Ahad & Isnin boleh buat kuih. Kena siapkan kuih sebab nak kirim ke Pekan. Hope dia suka.

Mata dah ngantuk...nak tido dah....nite...

~Diyy~

Tuesday, August 24, 2010

Lily Buat Najah

Bermula la episod menghabiskan novel bertajuk LILY BUAT NAJAH.
Lepas solat zohor tadi terus start baca semula...duk sebelah Syahir (officemate) nak ketawa pun ada nk marah pun ada. Dah le dia tido pakai sunglass...tah pape je dia ni. Aku baca je la novel ni selamba land aku la..pedulik apa bos lalu ke sapa lalu ke. Lepas tu Syahir dah jaga..mcm2 stail la dia ni buat menyanyi la..lalu pergi balik tepi aku ni la... aku buat dek je baca je novel aku. hehhehehee.... Dugaan betul la nak baca novel ni sampai habis. Tgh syok2 tu...Kak Fizah lak dtg je terus tolak buku aku pegang tu. Ngacau je marahku... hehhehheheh....actually control ayu..airmata dah berkaca2 nak meleleh ni heheheh...

Bila la nak habis baca cam ni....

Monday, August 23, 2010

Monday Blues

Hari ni pagi2 dah termenung. Tah knp...Apa yg aku fikirkan sebenarnya?
Keje tak la bz mana pn. Cuma jiwa sedikit kacau. Byk masalah. Byk nak fikir.

Lunch break...chat dgn my sayang. Dia dah jawab semua soalan aku tu...dan itu lah jawapan yg tepat aku patut dengar agar tidak rasa bersalah aku nanti. Anyway itu hanya la sekadar ingin tahu & pendapat. Tak lebih dari itu. Dan tak mungkin menjejaskan keputusan aku selama ini insyallah... Mulai esok aku tak bawa netbook ke office lagi. Tak nak la chat lagi...rasa mcm penyibuk je....

Hujan lebat tghri tadi...guruh kilat kuat sangat2. Ya Allah! Knp mcm ni? Malam tadi tgk bulan mengambang penuh lagi...sayu je rasa di hati. Knp eh?

Aku cuba habiskan novel yg dah berbulan aku tinggalkan ini. Setiap kali baca pasti aku jadi sedih so terpaksa la baca berperingkat. Tapi kali ni kena habiskan juga walau aku tahu kesudahan ceritanye Najah mati. Hujung minggu ni aku cuti panjang. Nak kemaskan rumah, buat kuih seperti yg aku janjikan, nak ke Melaka cari baju raya. Tgk la nanti mcm mana...semua tu hanya merancang.

Aku cuba nak ceriakan kembali hidup aku. Walau luarannya org tgk aku ketawa..aku tersenyum riang..tapi di dlm peritnya aku saja yg tanggung. Biarlah begitu. Aku terima dugaan Tuhan kpd aku. Mata dah perit walau baru 8.35pm...tunggu solat insya' then cuba baca novel ni then tdo....

Selamat malam duhai malam.....
~Pretty Woman~

Sunday, August 22, 2010

Sakit

Berbincang panjang lebar mlm tadi...
Memang aku jadi tak seronok tapi memang salah aku. Nampak sgt aku ni jahat dr mata dia. Biarlah.... Kalau aku di reject because of that aku nak buat cam ne. Hati & perasaan org tak blh nak paksa suka kat kita atau sayang kita. Kalau itu kehendakNya......apa daya ku lagi...

Beberapa jam sebelum berbuka puasa aku terasa amat sakit sgt. Cuba bertahan agar selesai puasa ku hari ni. Tah..kali ni memang aku tak kuat lagi dah nak bertahan. Tak mcm dulu aku rela menahan sakit dr pergi ke clinic or hospital. May be skrg aku mula berfikir...kalau apa2 jadi pada diriku sapa nak jaga mak & ayah nanti? Kalau aku mati pun cuma dorang je yg akan rasa kehilangan aku. Kenapa aku cakap mcm ni malam2 buta gini???

Hati ibu mungkin dpt rasa kesedihan anaknya kan? Aku tau mak perasan aku tak seceria biasa. Aku byk habiskan masa dgn netbook aku ni. Melayan Becky. Berdiam diri yg paling kerap berlaku. Bila aku sedih...aku cuba hiburkan hati walaupun tk berjaya... Kadang2 tu airmata menitis je tiba2. Andai dpt aku undurkan masa.... akan aku ubah nasib dan takdir yg berlaku ke atas aku dulu. Andai Tuhan ingin mengambil nyawaku sekali pun biarlah tertunai satu2 nye harapan ku ini.

Perlu ke aku mengalah sekarang???

~Broken Hearted~

Friday, August 20, 2010

Salah ke?

Ini lah sebabnya aku tak bagi tau org aku dah ada blog. Aku takut mengguriskan hati org lain je. Sebab kdg2 kata2 aku kat sini main lepas je. Sebab bagi aku inilah tempat utk aku melepaskan geram & meluahkan rasa hati. Tapi aku harap semua pihak dpt menerimanya. Sama2 dah dewasa so aku yakin tak kan bertindak membuta tuli je.

Lately ni apa je aku buat serba tak kena. Kat office ada je yg tak kena. Ada je org lain nak comment tindakan aku. Salah ke apa aku buat selama ni? Dah la mcm kena buli je kat office tu. Sebab aku sorang je Officer melayu kat situ. Aku malas la nk bising2...malas nak marah2..dh le bulan puasa ni nanti kurang pahala puasa aku. Tapi bila limit aku tu dah terlebih & melampau. Kesabaran aku teruji jugak. So bila aku sudah marah.........faham2 saja la ok.

Lepas buat solat istikharah aritu...aku dapat la rasa sumthing. Tapi aku masih tak pasti ini ke tanda2nya? Itu ke jawapannya? Memang petunjuk tu byk dan berat ke arahnya tapi..... betul ke itu tanda2 dia? Aku perlu buat sekali lagi solat tu....

Time2 jiwa kacau ni, Becky je la teman pengubat hati aku. Berkepit dgn Becky. Main2 dgn dia. Makan dgn dia. Bercakap dgn dia. Manja2 dgn dia jugak. :)

To my sayang (if you baca blog ni)... I hope u tak salah sangka dgn apa yg u baru dpt tau. I tak de pun niat nak duakan u. I sayang u. Always... I selalu berdoa agar apa yg pernah kita rancang & hajatkan akan menjadi kenyataan. Dan i harap juga u tak kan putus asa dgn segala usaha selama ni......



PadaMu ku bersujud....
~~Diah Yunalis~~

Thursday, August 19, 2010

19 August 2010

Pejam celik pejam celik dah nak penghujung August. Risau la....
Esok 20 August 2010... 3 yrs ago ni date aku tunang... (20.08.2006) hehheheheh apa kes pegi ingat benda2 ni daaa....

Tghri tadi call my sayang. Risau sebab senyap je dari semlm. Call tak jawab. Tak online. Sakit ke? Lappy dah kong katanya...hehhehe...sah boring tahap cipan la tu... :P Sempat gak bergurau pasal hp. Aku suruh dia simpan hp dlm seluar. Dia cakap nanti vibrate bahaya...heehheehheh... sama2 tergelak. So sweet walau short conversation. I really miss him... (malu arrr..) and i know...dia tau i love him so much...

Today dah 9 hari berpuasa... suasana raya dah mula terasa. Dah sibuk beli order kuih muih raya :P Aku dah janji my sayang nak buat kuih Tart Nenas. Tak rasa terpaksa pun nak buat sebab tu mmg rutin aku every year sebab aku suka giler kat kuih Tart Nenas. Hope dia suka kuih tu nanti....

Aku ngantuk....tapi nk tgk tv dulu.. daa~~~
Love you baby..

Monday, August 16, 2010

I Love You

Title gedik je hehehhe...
Memang aku cintakan dia. Sayangkan dia. If not buat apa aku sanggup hadapi risiko ini?
Betul ke lepas buat solat Istiharah, tanda2nya dtg dr mimpi? Or tanda2 itu byk berat kpd sesuatu or seseorg tu je? Hishhh aku confuse ni.

Semakin hari semakin sayang. Semakin hari semakin cinta. Tak mungkin aku nak tinggalkan semua itu begitu saja. Tak mungkin!! Mustahil bagiku. Semoga Tuhan berikan aku petunjuk itu...Amin!

Eh actually bkn nak cerita tu. Tapi nk cakap pasal kuih cucur badak & putu piring. Lawak dah kuih ni jadinya. Topic hangat page facebook ku. Semua sebut pasal kuih ni & siap ada picture lagi. hehehehehe... tapi aku dah delete sebab tak nk my syg terasa hati. Apa2 pun lega dia dah dpt rasa kuih putu piring tu semlm. Wlu pn dia ckp tk berapa sedap tapi tk la kempunan nanti kan.

Aku lak today bz memanjang. Cuba buat cool and malas nak marah2. Buat keje sendiri lagi bagus...drpd ambil tahu hal org lain. Hope esok lebih menceriakan hariku.

I miss.... everything about you.....

Sunday, August 15, 2010

Menanti petunjuk dariNya...

Malam tadi aku tunaikan solat isthikarah....
Mencari ketenangan dan jawapan dalam hidup aku ini.
Sudah beberapa mlm tidur ni tak lena. Sering terjaga di awal pagi..tertanya2 knp jadi begini??

9 July 2010

35th Birthday...

Nuthing great about it juz my age gain 1 more year :)
No celebration. No wishes. Eh! Actually my sayang wish me okay. Itu sewaktu kami berbual di telephone dari 12 am - 5am @ 9 July 2010. :P

8 July 2010 @ 12.34pm aku dapat new title bila anak buah kesayanganku dilahirkan. Putri Aifa Amanina Binti Mohd Faisal. Itu lah birthday terbaik dlm hidup ku. Mcm biasa aku cuti pada birthday aku tu. Banyak giler wishes kat FB. Thanks to all my frens.

Yang lebih membuat hidupku bahagia adalah seseorang telah memenuhi kekosongan hidupku waktu ini. :) Semoga Allah melindungi impian, harapan dan cita2 kita.. amin!

June 2010

Orang cakap jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Jadi benar la itu...

Secara tak sengaja berkenalan dgn sumone in FB. Actually dah lama add dia cuma tak pernah or lebih tepat tidak langsung bertegur sapa sebelum ni. Tapi perbualan ptg itu menjadi lebih mesra dan intim. Dan baru ku tahu siapa dia sebenarnya selama ini. Dah lama aku mengenali dia rupanya tapi sekadar dari jauh melalui org lain. Cerita2 hangat dia sering ku dengar dan sering juga aku berharap dpt bertemu dgn nya...heheheheh...

Dan di sini lah ceritaku bermula.....