Wednesday, September 29, 2010

Birthday 29.09.2010

Actually bukan birthday aku pun...birthday aku dah pun lepas kan :P Tapi seronok bila tgk org celebrate dia. Pagi ni budak office nyanyi 3 bahasa sekali gus utk birthday song. hehehehehe memang tak terkata gelak... Ptg lak...birthday boy belanja Secret Recipe Cheze cake. Tgh sesi pembahagian cake pd semua staff aku masih dlm cash room siapkan keje sikit. Tiba2 dengar namaku dipanggil..."Diah....Diah...Diah mana diah?? Diah dah dpt cake lom?" itulah yg aku dengar birthday boy & kakak panggil. Ambil berat gak tentang aku rupanya bila aku mendiamkan diri lately :)

Call my sayang...ngadu pasal Becky kena cirit birit. Lama gak sembang sebab im worried abt Becky. Tapi dia mcm tak syok je bila aku tanya mlm tadi aku ada call dia ke tak? Dia cakap "tu la ramai sgt call" Bila masa lak aku call org lain. Phone bill penuh dgn number dia je. Tah la... :( ada je yg salah dimatanya....

Aku letih.... tapi perlu ke aku beritau seluruh dunia aku sad?? Nope la its not important. Got to rest and sleep... nite.

Tuesday, September 28, 2010

Mula bertugas seperti biasa

This week aku mula bertugas seperti biasa. Ramai pulak yg tegur dah lama tak nampak aku :) pandai jugak aku menghilangkan diri kan?

Aku cuba rasa gembira...cuba buat hati ceria tanpa masalah....tapi.... tak boleh. Knp? Sedaya upayaku ukir senyum dibibir. Tak seorang pun yg tahu sejuta luka terguris dihati ini. Harap2 semuanya berjalan lancar... moga Allah rahmati aku...

Dah beberapa mlm ni aku susah lelapkan mata... knp aku jadi mcm ni? Entahlah... aku risau... semua serba tak kena. Dan aku tak de tempat mengadu kerana tiada siapa yg sudi mendengarnya. Apalah sgt kata2 dari aku yg mengada ni kan. Penting ke semua isi hatiku ni? Tak pun. :( Dah la.... aku tak de mood....

Sunday, September 26, 2010

Love you sayang

12.30am - 4.00am
Bergayut telefon dgn my sayang. Hehhehehehee.... lama kan? Tapi aku seronok. Itulah waktu paling gembira dan bahagia buat aku.

Apa yg kami bualkan selama hampir 4 jam tu? Mcm2...percaya la.... Petah berkata2 my sayang kali ni. Dan tak kering gusi bila berbual. Sama2 dah blur so sama2 cakap benda yg bukan2 :P Di sebalik setiap perbualan kami baru aku sedar... dia amat menyayangi aku selama ini. Yg amat buat hati ku tersentuh bila dia berkata... "Bila dpt keje je nanti nak kawin dulu..." :) Aku saja je nak usik dia..."ada ke org nak?" "tak kisahlah ada ke tak" hehehehe....

Baju raya dia cantik sgt. Colour merah. Dia ckp mcm gong xi fa chai. Pada aku tak de la merah sgt. Katanya pemberian dari kenalan mak dia. Aku ada niat nak belikan dia sepasang baju melayu before ni tapi aku takut dia tak nak terima pemberian aku. Tanya pasal kuih yg aku bagi aritu. Dia kata sedap...mak dia pun suka. Aku cakap nak bagi lagi raya haji nanti. :)

Segala-galanya kami kongsi mlm tadi. Dan satu lagi yg buat aku tersentuh bila dia nak jumpa aku. Tak sabar sgt nak jumpa aku. Ya Allah...ini ke balasan segala penderitaanku ini? Syukur Ya Allah...aku bersyukur kerana sedikit demi sedikit doaku kini dimakbulkan... :)

Sayang...
Insyallah...apa yg kita harapkan..apa yg kita impikan...apa yg kita sama2 inginkan akan tercapai. Jgn putus harap ye sayang. I love you so much....
4am my sayang suruh stop sebab nak aku tido...dah lewat sgt dah. Miss you sayang...

Saturday, September 25, 2010

Miss you....

Tghri tadi chat dgn my sayang kat FB. Lama btl sampai ptg hehehhehe :P
Rindu.... itu je word dpt aku luahkan. Dari cite aku gi KL, raya, kuih tart, rajuk ku, kucing..mcm2 la...sampai 5.30pm kami stop. Lama kan? Dari Fb ke YM dgn webcam :P

Byk yg kami bincangkan..aku rasa inilah yg terbaik sebab dpt luahkan semuanya. Dan jelaskan semuanya. Thanks sayang. Kerana masih setia cinta & sayang pd ku. Terubat rindu nak tgk muka dia..lama tk webcam. Nak jumpa tu tah bila kan. Semakin rasa sayang bila kami berbual mesra mcm ni. Manja..sgt2..

Aku harap semuannya akan kekal mcm ni. Aku harap hubungan kami semakin close. Itu doa ku amin! I love you so much sayang....nuthing can change it.. nuthing can buy my love.

Love....
~Diah Yunalis~

21 - 24 Sept 2010 @ KL

Selasa aku naik bus ke KL. Memang rasa tk best pun tp apa nak buat dah tugas kena la pegi jgk. Best jgk training kali ni sebab jumpa org berbeza & mcm2 situation yg kelakar berlaku sewaktu training dijalankan. Kuar merayap dgn geng2 training heheheh...tgk movie. Best betul cite Resident Evil (3D) berbaloi la wlu pun tiket mahal sikit.

Tghri before gi KL tu aku call my sayang. Dapat gak bercakap dgn dia. So happy..tu la yg buat aku bersemangat sikit nk pegi kot. Hari seterusnya pun call dia waktu mlm...dpt la bersembang panjang. So happy & fun talking to him :)

Thanks to Dato K yg book bus tiket for me walaupun tk suruh siap hantar tiket ke reception hotel ;) Risau sgt aku sorang2 travel sampai tiket bus pun duk depan dekat dgn driver takut aku apa2 duk blkg ti. Terima kasih ye!

Monday, September 20, 2010

Pergi....

Hari ni aku mula bertugas seperti biasa. Hati tak seceria biasa. Fikiran tidak pada kerja. Tapi aku harus teruskan hidup. Makan pun tak lalu aku nak telan. entah lah...... :(

Persiapan training kat KL pun aku tak kuasa nak buat. Tiket bus tak beli. Baju tak packing lagi. Semuanya la aku malas nak fikir & buat. Tak de mood. :(

Dah 11 hari menyambut hari raya tapi aku tetap tak ceria pun. Dah 13 hari my sayang tak jawab call. Call la waktu apa sekali pun tak kan dia jawab. Kalau dulu berkejar2 nak jawab bila aku call. sekarang tak dah :( Tah lah..... Di bibirnya tak pernah dia ucapkan dah berubah cinta & sayang pd ku. Tapi di hati..... siapa yg tahu....... Really miss him so much! Tuhan je yg tahu bagaimana perasaan bila kita tak dibenarkan mendengar suara someone yg kita sayang & rindu. Rutin harian yg dipenuhi gelak tawa kami sewaktu berbual di telephone pun dah tak de lagi. Mungkin sudah masanya.................

Aku akan pergi esok.... Aku harap dia akan sentiasa jaga dirinya baik2. Jaga mkn minum. Hatiku ini biarlah aku pandai2 menjaganya :( Andai aku masih ada ruang di hatinya pasti dia akan kembali kepadaku... itulah yg mampu aku harapkan..... :( :(

Saturday, September 18, 2010

Segalanya terjawab....

Jumaat yg suram...
Aku tiba Segamat 11.30am. Letih tapi seronok ditemani gelak tawa Aifa. Hilang seketika kesepian & kesedihan ku ini.

Nampak my sayang kat FB. Tegur pn tk reply. Pelik. Sampai hati dia buat aku begini. Akhirnya dia menjawab segala persoalan yg bermain difikiran aku selama 10 hari tanpa dia. Aku dah jangka pemberian itu akan jadi isu. Walaupun pd aku benda tu biasa je tapi aku tak sangka dia ambil hati dan sekali gus telah menyusahkan dia & family. Silap aku juga nak surprise konon tk beritau dia dulu. :( Salah ke jika aku menyintai seorang yg seperti dia? Yg tidak mempunyai apa2 utk membahgiakan aku nanti? Salah ke jika hubungan ini berakhir dgn perkahwinan dan kami tak senang seperti org lain? Bukan ke itu semua takdir dariNya... Jika takut semua itu terjadi kenapa dia menyayangi aku? Utk apa dia cintakan aku? Semua tu hanya utk menyakiti dan melukakan hati aku? Sekarang aku lebih kecewa dari semalam....aku menangis...berdoa... utk apa hidup jika Tuhan terus terusan menduga aku begini??? Mampu ke aku tempuh semua ni sekali lagi?

Semua persolan itu bkn saja dia fikirkan tapi dari 1st time aku ucap I love u sayang...aku sudah fikir tentang "Kita". Boleh ke aku hidup dgn seorang OKU? Blh ke dia bahagiakan aku? Boleh ke kami mempunyai anak & family seperti org lain? Boleh ke parents kami menerima hubungan "Kita" ini? Semuanya....segala-galanya... aku pertimbangkan. Aku cuba tidak menunjukkan kerisauan ini. Cuba utk buat dia happy. Cuba beri kembali semangat yg dia telah hilang 3 tahun dulu. Sedaya upaya ku cuba utk membantu dia bangkit kembali dari kekecewaan. Tapi..... jawapan yg aku dpt....dia telah dahulu berputus harap dariku.... Mungkin dia tidak memerlukan aku dlm hidup dia lagi :( Mungkin aku hanyalah bebanan yg amat besar bagi dia. Mungkin juga aku harus mengalah skrg??

Petang semalam segalanya telah kami bincang dgn jelas. Tapi tak de satu pun keputusan yg dpt mengurai kekusutan ini. Aku kecewa dgn sikap dia yg tk pernah memberi aku sedikit peluang pun utk berada di dlm hatinya. Harapan ku tetap menggunung terhadapnya. Cuma.... kali ini aku mengaku kalah... aku mengaku yg aku gagal buat dia happy....... :( :( :(


~~Confession of A Broken Hearted Girl~~

Sunday, September 12, 2010

AidilFitri 2010

Malam raya lagi lepas siap berkemas kami keluar ke Secret Recipe mencari cake. Hehehehhe kelakar btl. Dah 2 hari tak bercakap dgn my sayang... susah btl nak contact dia skrg. :(

Pagi syawal semua org happy tapi aku tak. Aku rindu dia. Sampai hari ni aku tak dpt hubungi dia. Tak de wish hari raya langsung dari dia pun :( so sad. Kenapa jadi mcm ni? Dia marah aku ke?

Esok dah nak bergerak ke JB...lusa kot naik Singapore. Tah bila aku dpt jumpa dia...mungkin hanya angan2 je kot. Aku tak nampak kesungguhan dia lagi....dia makin jauh....

Aku rindu sgt2 kat my sayang.... :( Selamat hari raya sayang.

Oh ye! Mcm biasa bila dah beraya tu auncle aunty of coz akan tanya soalan cepus emas. Naik boring dah dengar. Makcik mcm biasa cakap aku makin kurus...tah la knp aku mcm ni... Hope semua ni akan membawa sebuah kebahagian soon.........

Tuesday, September 7, 2010

Aku Terasa...

Panggilan ptg tadi aku ingat adalah utk mengubat rindu yg dah lama ni. Rupa2nya aku silap... perbualan itu bertukar menjadi serious. Dan dia a bit angry dgn apa yg aku bagi dia nanti. :(
Entahlah... akhir2 ni dia asyik marah2 je. Ada je aku buat yg tak kena. Terlalu sebak tadi aku menangis di surau. Ada org nampak..........

Sampai hati dia buat cam tu.....

Monday, September 6, 2010

Raya

Tinggal a few days nak raya dah. Mcm tak best jek...nape tah.
Dah 3 hari call my sayang tak berjawab. Call siang ke..mlm ke.. tetap tak berjawab. Pada hal beritau nak call. Mana tah dia ni..

Siang tadi aku dah bagi kuih kat abang dia. Muka dia agak surprise and blur la bila aku cakap pass kat Za**. Biarlah...dia tak tanya pape so diam je la. Hara my sayang suka...takut sgt2 dia marah bila tgk apa aku dah bagi ti.

Letih... nak rest...
Selamat malam Malaysia.
Miss you...Sayang..

Sunday, September 5, 2010

3 months Anniversary

September... genap sudah 3 bulan perkenalan kami. Cepat sungguh masa berlalu...seingat aku kami kenal sebelum World Cup bermula lagi. :)

Selama 3 bulan... aku sungguh happy. Walau tak bertemu muka lagi..walau hanya suara dan webcam jadi peneman setia kami..aku tetap happy. Aku berdoa agar ia nya kekal hingga akhir hayat..

Hari ni berbuka puasa di rumah Sister in law. Melayan telatah Aifa si cute. Dah makin besar...dah pandai berbual dgn org. Ke bazar sambil mencari baju raya tapi hampe...tak de yg berkenan.

Mata a bit sleepy tapi promise to call my sayang...

Daa~~~~

Thursday, September 2, 2010

Khamis yg Cute

Today aku cool je...rasa mcm happy je hari ni. Tah knp...
Call my sayang...hehehe dia tunggu lak aku call sebab dah janji nak call back. Bual pasal kucing laks :P Dengar dia tergelak bila cakap Becky tu mkn nasi & ikan tak pandai tapi mkn fries McD paling terror. Tah sapa tuan dia tah, manja bkn main lagi. Hehehehe...

Aku tanya if blh ke aku send bookmark dia sekali dgn kuih. Dia tak kasi hantar dulu. So aku tunggu je dia ambil later. Aku nak buat jadi hamper..dia dah tergelak je...hehehhe... Tibe2...jeng jeng..ada org bersuara.Dia dah agak tu Abang dia...hehehe... So aku end the phone call promise to call tonite..Yg sweet nye bila aku cakap "Love u" dia pun cakap "Love u" sama & serentak lak :P Aku reply..."love u too" terus tersenyum2.

Really love you baby..