Wednesday, December 29, 2010

29 - 31 Dec 10 mulanya bercuti

Mula bercuti hari ni...
Tk ke mana2. Cuma di rumah. Tapi sempat la buat byk benda yg tertangguh. Gi book nak service kereta. Gi Maxis subscribe postpaid line. Dpt number cantik so tk jadi la convert no lama.

So esok tk de buat pape.. cuma berehat di rumah. Makan tido. Tido makan. hahhahaha... best btl.. May be Friday nak ke Melaka kot sebab tadi mom cakap dad ajak gi Melaka jalan2. Wait n see la cam ne. Macam best gak jln2..dr duk rmh lama2 boring gak ti.

Tommorow another new day :)

Monday, December 20, 2010

Tengok Wayang

Last Saturday gi Melaka tgk wayang...
Tgk movie Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Kelakar giler citer ni... ketawa sampai tk hengat. Wajib tonton okay ;)
Tak bosan. Tk de la jiwang2 karat cm filem melayu lain. So tgk lagi pn tk boring.

Lepas tgk wayang... makan...shopping...gi PC Fair. Tak dapat beli handy cam so sad :( Nk beli MP4 pun tk dapat coz tk byk choice. Next time je la kot... Cuma subscribe new maxis broadband. New package RM38 je. So kena gi terminate berukband lama.

Penatnya.................... cuti pun mcm tk cukup rest. Asyik relief keje org jek. Byk btl keje nk buat. Tak sabar nk tunggu next week... cutiiiiiiiiiiiiiiiii..yahhhhoooooooooooooo...

K la nk tgk Awan Dania. Daa~~~

Thursday, December 16, 2010

Kebiasaan Yg Sering Berlaku

Hari2 yg berlalu seperti biasa...boring..bosan...kosong...sepi...
Sampai bila aku begini? Tah la... bosan dgn hidup ini... Tiada apa or satu pun dpt membuat aku gembira tika ini... dan tidak sikit pun dpt membuat aku tersenyum riang spt dulu..... :(

Saturday, December 11, 2010

Week End Lagi

Sekejap dah weekend lagi... cepat btl masa berlalu dah 11 Dec 2010.
Hari ni gagahkan kaki ke rumah aku. Bersihakan rumah. Mop. Menyapu. Penatnyaaaaaaaaaaaa.. \Serious aku rasa nak patah pinggang buat semua tu. Dah lama tak kemas. Kotor sgt rumah tu.

Hati rasa seronok bila berada di rumah tu. Seluruh jiwa aku pada rumah tu. Segala penat lelah bekerja hampir 10 yrs semuanya di rumah tu. Berbaloi... itu la kata2 terbaik. Cuma kebahagiaan je tk de di rumah itu... :(

Aku tahu jodoh pertemuan ada... Takdir itu akan tiba suatu hari nanti. Aku juga mahu bahagia mcm org lain.... Harap2... thn akan dtg akan mendatangkan sejuta kebahagiaan buat aku. amin..

Nite2... daa~~~~

Wednesday, December 8, 2010

Tercicir lak

Terlupa lak...
Main foward2 email sekali dpt reply ni...
"Dah lama tak tgk awak pakai baju kurung"
Betul la... dah lama aku tak pakai baju kurung.
Ohh lupa nak beritau sapa yg tanya tu.
Org tu ada la.... org yg cakap aku look sexy bila berbaju kurung :P

Promise You This...

Mula bekerja hari ini...
Agak bz juga.. penat sgt2 walaupun keje half day hehehh... ngada ek :P
Mulai next month dah kena tukar dept. Kena jadi chief cashier semula. Itu pun bos soh ambil exam for insurance. Next month exam. Aduh!!

Ok la malas citer keje sebab boring jek..
Balik2 je rumah apa lagi si manja dah tunggu. Mengiau kuat2 tapi mcm2 takut2. Hahahahha... apa la becky ni. Rabun kot? Dah dekat baru dia gedik2. Tu pun dah panggil byk kali siap gosok2 kepala dia. Dia ingat sapa tah. Kelakar Becky musuk ni. Dah la pandai buat muka kesian. Berlari2 nak bagi dia mkn tadi. Makin montel dia skrg. Best je peluk. Dah lama tak tgk bulan & bintang dgn becky. Selalunya mlm2 kalau tk de keje kitorang tgk bintang dpn laman rumah. Then borak2... errr... mcm paham je apa becky cakap... hehehhe...belasah je la...

Tah pape la aku merepek ni... dah..sok2 lak tulis lagi
daa~~~

Maal Hijrah

4 hari cuti... ke JB mengubati luka. Ingat dah sembuh sikit tapi tak juga rupanya. Mlm tadi tewas gak... kenapa? Sebab aku rindu my sayang. Lama tak dengar suara dia. Lama juga aku tk update blog. Bila update blog je mesti aku sedih. Ni pun ada sikit2 nk meleleh... Before aku nangis baik off dulu.. nak gi keje.

Daa~~

Monday, November 29, 2010

Salah Aku :(

Semlm memang kerja bodoh. Aku mmg cari pasal. Aku beritau dia jgn cari aku lagi. Kita tak de masa depan bersama, utk apa kita mcm ni. Sudah takdir Tuhan tidak menemukan kita dari dulu lagi. Maka itu bukanlah jodoh kita. :(

Kata2 itu membuat dia benar2 marah. Tentulah marah sebab tak semena2 dpt utusan sebegini. Perit hati nak buat keputusan yg aku sendiri tahu dia tak kan setuju. Kita memang rapat. Semua rahsia kita kongsi bersama. Tapi aku tahu lama2 perasaan tu berputik. Aku sayang dia seperti mana kita kenal dulu hingga skrg. Tapi aku tak mengharap yg kita dpt hidup bersama. Itu mustahil!!!

Sesak nafas ni bila aku hancurkan hati & perasaan seseorang yg begitu baik dan sayang aku. Separuh nyawa ni terasa bila dia tertekan mcm tu. Aku minta maaf...aku tak niat nak kecewakan hati sapa2. Aku bukan sengaja menyakiti hatimu. Ampunkanlah aku.... :(

Mlm tadi tak mampu aku lelapkan mata...mcm tayangan video satu demi satu melintas kotak fikiran ini. Kadang2 aku tersenyum sendirian mengenangkan apa yg kita dah buat sewaktu aku berada di KL tak lama dulu. Kita ke Karaoke jahanamkan lagu org...hehehhe... aku ketawa guling2 (betul2 guling kat sofa tau) Dia selamba jek nyanyi tak hiraukan aku yg dah tak kuar suara tapi hanya ketawa kuat2. Betapa seronoknya waktu tu. Masa kita nak balik, hujan agak lebat kita berteduh di Pav. Masa tu kita merepek bukan2....punyalah sejuk waktu tu. Sama2 beku kesejukan tapi boleh tergelak kuat depan org ramai. Hahahhaha... aku tak lupa semua tu. Sewaktu kita menuruni tangga aku hampir tersandung, dia sambut aku. Nasib tak jatuh tergolek kat escalator. Terus dia mengendong aku...Ya Allah!!!! Malunya aku masa tu Tuhan je tahu. Sebab ramai org pandang kita masa tu. Aku sibuk minta diturunkan tapi dia tetap mengendong aku hingga ke kereta. Sampai mat salleh yg cross jln raya pun ketawa je tgk telatah kita. Dia asyik marah aku sebab mengeluh & membebel je. Dia cakap.."Biarlah org nak cakap pe"

Setiap kali aku mula terasa seronok semua benda yg kita share tu, tibe2 aku menangis lagi. Aku akan kehilangan semua itu... :( Aku akan rindu semua tu. Tak de lagi org yg akan bebelkan aku. Tak akan ada lagi org yg akan marah aku bila aku merungut kena buli dgn bos. Tak de lagi org yg akan pujuk aku walaupun aku yg noty kacau dia pastu kena marah. Memanglah dia garang tapi dia tegas utk kebaikan aku jgn jadi lembik gurl dia cakap. Kali ni dia betul2 marah.... betul2 bengang dgn aku. :(

Apa aku nak buat skrg? Dah call...tak jawab. Dah sms...tak reply. Dah send msg kat FB pun tk reply gak. Nak jumpa??? Mustahil dia nak jumpa aku kalau dah mcm ni. ERRRKKKKKKK...knp la susah sgt nak pujuk ni??? Dia senang jek kalau pujuk aku. :( aku nak nangis......

Saturday, November 27, 2010

20 & 21 Nov 2010 De Rhu Beach Resort, Kuantan

2D 1N trip ke Kuantan. Jadi gak plan kali ni. Rasa lega bila kita pergi berehat di tempat yg org tk kenal kita. Tapi sangkaan tu meleset sebab aku asyik kena skodeng. Rimasnye!!! Pegi Bali pun tak cam ni. :(

Seronok sgt2 dpt tgk laut. Rasa aman...damai... tenang... kanak2 mandi manda.. Itu la saat2 paling indah buat aku. Tanpa FB tanpa gangguan dari org2 yg aku kenali. Knp aku tk mahu diganggu??? Aku btl2 tgh buntu. Byk sgt masalah lately. Sedih. down giler2. Aku blh menitis airmata bila2 je.. kt mana2 je... bahaya kan? Tah la... aku tak terkata dah...

Hari kedua di De Rhu..kena ngurat dgn sumone... hehehhe mmg mcm cite hindustan. Perjalanan blk ke Segamat bkn la dirancang utk lalu Pekan. Takdir Tuhan kot nak aku pergi situ. Lalu betul2 dpn je jln rumah my sayang. Call tak jawab. Sms dia beritau aku kt Pekan tapi dia tak jwb pn call. :( Apa nk buat org dah benci. So bertambahlah sedih aku ni.

Ya Allah... kuat sungguh dugaanMu kali ni. Semua sekali serentak Kau beri. Tak terdaya aku melawanya. Aku dah give up..... :(

Friday, November 19, 2010

Hancur Hatiku

Hari raya haji disambut dgn sederhana. Aku bergerak ke JB pd mlm raya (16/11/10) Khamis pagi2 balik semula ke Sgmat. Saja nak spend time dgn Aifa and family. Esok aku sekeluarga nak ke Kuantan pula nak berehat & holiday. Dah lama tak contact my sayang. No more calls. No more smses. No more massage. Dia pun bukan suka aku buat semua tu. Dan kami terus begini hampir 2 weeks. Ya Allah... andai benar perhubungan ini direstuiMu... kau lindungilahnye Ya Allah. Aku juga punya harga diri & maruah. Takkan aku nk terkejar2kan dia je. Tak guna kalau aku sorang je yg ada perasaan cinta & sayang. Entah lah...... aku tak boleh fikir waktu ini.

Semoga semuanya selamat... amin.
Really miss my sayang..... :(

Saturday, October 30, 2010

November is around the conner

Sekejap dh nak masuk November. Semakin presure lately. Tapi kena hadapi juga kan. My sayang... semakin dingin semakin kurang communicate kami ni. Dia dah tak sayang aku lagi ke? Dulu dia sgt bersemangat skrg dia dah lain. Apa aku dah buat sampai dia jadi mcm ni? Aku dgn abang dia lak skrg close. BUkan la close sampai ada affair. Gilerr nak ada affair dgn dia. Tapi blh la kitorang borak2 & joke bukan2...hehehhe...

Aku plan nak ke Kuantan lepas raya haji ni. Dan harapan tinggi utk jumpa my sayang. Harap2 dia setuju nak jumpa aku nanti. Dia pernah cakap dia nak sgt jumpa aku cuma blm masanya lagi. Semlm dpt gak bual lama2 kat phone dgn dia. Discuss tentang paper work dia tgh buat. Aku mengaku yg aku amat merindui dia. Suaranya... gelak tawanya... Tapi tetap yaki dia tk berubah. Dia masih sayang aku seperti mula2 dahulu....

Love you sayang....

Saturday, October 23, 2010

Not Feeling Well

Semalam aku betul2 stress. Dgn tak cukup staf. Dgn kerja berlambak2. Presure sgt2. Dgn kena marah dgn org. Mcm aku ni bodoh sgt tak reti buat keje. Fed Up la!

Malam tadi aku demam. Panas badan. Pening. Berat rasa kepala ni. Tak selera makan. Mkn mee hoon pun dh 3 jam baru selesai. Pahit rasa tekak. Juz lepak kat rumah je coz aku penat sgt2. Lemah dah badan ni.

Fikiran amat terganggu...so down rite now. Try so hard to be happy. Tapi so damn hard. The only thing make me smile & sedikit rasa tenang bila tgk Aifa. Melayan kerenah buah hati ku sorang ni. Tak penat. Tak boring.

Ya Allah...berilah aku kekuatan. Berila aku sedikit masa lagi utk hadapi semua ini. Berilah aku peluang sempurnakan semua hajatku sebelum Kau menjemputku.....

Saturday, October 16, 2010

Sayu tiba-tiba

Hari ni ke office kejap utk selesaikan tugas yg tertangguh since bulan puasa aritu. Semua dah pun dihantar ke recycle utl dilupuskan. Penat... itu je dpt aku luahkan

Waktu solat magrib tadi tiba2 raka'at akhir aku jadi sayu...menitis air mata ni tiba2. Kenapa Diah? Aku sedih sgt2 Berdoa agar aku dpt menjalani hidup dgn gembiara tapi laju air mata mengalir.

Aku berharap sgt hidup aku akan berubah lepas ini. Aku tak nak lagi mcm ni. Aku suka seseorang tapi setiap kali itu juga sesuatu akan berlaku. Maka hubungan itu akan putus tgh jalan. Knp Tuhan duga aku begitu sekali? Aku bukan desperate utk kawin sebab mulut org tapi..... aku mahukan anak...zuriat...itu yg sebenarnya. :( Susah sgt ke nak jumpa sumone yg benar2 ikhlas terima diri kita seadanya?? Susah ke nak jumpa lelaki yg tak sedikit pun nak menipu kita? Aku betul2 putus harap bab jodoh ni...........

Aku tak tau sekarang ni status aku dgn my sayang. Makin sepi..makin sunyi... makin dingin. Jarang communicate. Call pun susah nak dpt Aku rasa dia lebih bahagia tanpa aku. Ada pepatah berbunyi... kalau kita sayangkan seseorang bersedialah melepaskannya pergi.... tapi pahit...tak boleh...aku tak mampu lupakan dia. Sayang tu dah sebati dlm jiwa. Mulut ni tak pernah lengkang sebut love u setiap kali menelefon... :( Aku buntu sgt2. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Aku dah tak byk bercakap skrg. Mood selalu tak happy. Aku jarang keluar rumah. Aku byk terperuk kat rumah. Aku sedih. Aku tak happy. Ya Allah...aku dah tak larat lagi. Kau ambil lah nyawaku ini... hanya itu je yg aku layak.

Di saat blog ini ditulis aku tak henti2 menangis. Kenapa Tuhan hukum aku begini sekali? Apa yg telah aku buat hingga hidup aku merana sekali. Aku dah tak tau apa nak buat lagi..... Aku harap aku tidak akan mengambil jln terakhir...kerana aku benar2 sudah tak sanggup lagi.... :(

Thursday, October 14, 2010

Aku masih Sedih

Aku masih tak happy dtg keje today. Bos tanya knp aku tak gi dinner semalam. Pandai2 kelentong sudah la kan.

Call my sayang jap. Lama tak cakap dgn dia...rindu sgt2... Dia nak gi JB hujung bulan ni joint seminar usahawan OKU. Tapi tau sure budget dia tak cukup tu. Dia bukan suka kalau aku tolong. Biarlah.. aku pun lebih suka dia berusaha sendiri. Itu lebih puas hati drpd minta tolong org. Terasa juga dia mcm dingin dgn aku lately. May be sebab dia ada problem dia sendiri. Aku kena faham dan cuba utk tidak menambahkan masalah dia.

Aku tetap terus bersedih. Sendirian menjaga hati. Sendirian menjalani hidup ini.... :(

Wednesday, October 13, 2010

Moody :(

Dah few days ni aku moody je. Menyampah la kalau keje dgn org yg pentingkan diri sendiri. Ingat aku ni budak kecik ke nak herdik2 aku. Cakap baik2 tak boleh gak nya. Tanya baik2 jawab la baik2. Malas la nak bising nanti hati sendiri yg sakit. Tapi hari ni mmg darah aku naik. Dah le campak document atas meja cm tu je. Pastu ada pulak "hantu" yg mcm menuduh aku lambat buat destruction. Mampus kau la! Tak kuasa nak layan. Aku buat keje aku mana yg termampu. Aku bukan robot. Dinner celebration for futsal pun aku tak gi. Hati sakit...tak kan nak makan2 suka2 lagi. Tak payah...balik rumah lagi bagus. Pasti ramai tertanya2 kenapa aku tak pegi tapi aku rasa ada org tau perangai aku. If ada yg tak berkenan pasti aku tak gi.

Semalam...kami sekelurga ke Umbai Melaka. Celebrate birthday Naqib. Agak kelakar coz lepas magrib gerak... midnite dah sampai segamat semula. Rindu sgt2 kat Aifa. Berbual & bermain dgn dia sampai 1am. hehehhee...dah cerdik skrg. So cute my buah hati ni.

Going to sleep now. So tired & down...... :(

Sunday, October 10, 2010

10.10.2010

Cantik date hari ni. :) Sepatutnya inilah date target aku kawin tapi tak kesampaian. Tak de org nak pun... tak pe la... biar semuanya Tuhan yg tentukan..

Weekend....

Sabtu ada grooming session kat BP. 2 hrs session tapi satu hari suntuk kat sana heeheh... shop sikit...tapi fun coz ramai2 pegi. Terserempak dgn Fafau & Aleeya tapi mula2 tu tak kenal sgt. Lepas tu baru terperasan diorang.

Ahad...lepak kat rumah je. Malas nak ke mana2. Penat & letih. Malam tadi call my sayang tapi tk pick up. Tido dah agaknya. Lama tak chat dgn dia. Rindu...

Esok...masing2 plan nak melawa gi keje. So kita tunggu esok nanti k ;)

Wednesday, October 6, 2010

Adakah aku berubah?

Aku tak de mood la hari ni. Kenapa aku jadi mcm ni? Bosan keje. Bosan dgn life. Serba tak kena je lately.

Kosong. Itu yg dpt aku gambarkan dlm hidup aku sekarang. Really have no mood. Got to go now...

Monday, October 4, 2010

Shopping Time

Sabtu lepas ke Melaka. Saja jalan2 coz terlalu boring since raya hari tu. Tapi turn out aku shop so much :P

Sunday juz stay at home. Rasa malas mengundang jiwa. A close fren sms ajak breakfast pagi2 Sabtu tu tapi aku terpaksa tolak coz dah nak gi Melaka. Ahad aku ingat sama2 dah janji and plan nak breakfast sama2 tapi dia senyap je. Bila sms rupanya salah communication between us. Dia ingat aku tk nak gi. Tak pe la next time...

Aku makin kurus. Itu lah pengakuan pertama dari mulut aku sendiri. Betul2 kurus coz apa yg aku pakai today memang nampak sgt aku kurus. What's wrong with u Diah???
Aku sakit ke? Risaunya.... :(

Life is so bored rite.... continue esok la ye...
Daaa~~~

Friday, October 1, 2010

October

Cepat sungguh masa berlalu, dah masuk October. Lagi 3 mths je lagi nak masuk tahun 2011. Makin tua rasanya :(

Maksudnya 9 days je lagi misi mencari cinta akan berakhir. Hehehe... sempat joke dgn staff kat office tak sempat nak kawin 10.10.2010 nanti... hehehehheeh... Tibe2 soalan bodoh aku terkeluar. "Kalau la time nak nikah tu pengantin lelaki tak dtg. Mcm mana?" Syahir lak nyampuk..."Kawin je la dgn tok kadi tu" hehhehehe adoi la pecah perut semua org ketawa.

Hari ni aku dah mcm cartoon bekerja. Terkejar2 ke sana ke mari. Banyak sgt nak buat. Penat rasanya badan ni. Call my sayang. Dia sound serious bila tanya aku kenapa makan ubat semua. "sakit ke? Masuk wad? Knp sampai mkn ubat semua ni? U demam?" Adoi...terkaku jap aku tak tau nak jawab apa. Mcm tu sekali tanya? Tapi bangga la sebab org yg sayang kita tanya kan. Aku jawab apa yg patut utk pengetahuan dia. Dia advice aku cari perubatan islam if betul apa yg aku rasa tu. Berbual tentang duit lama. Seronok dia bila cerita pasal tu. :) Happy dengar dia seronok cam tu. Dia pasang niat utk sambung study. Baguslah cam tu...moga niatnye tercapai.

So happy for my sayang. Aku tak nak lagi dia sedih2. Aku nak dia rasa diri berharga dan dihargai. Tapi sememangnya dia amat aku kagumi.... Love u sayang... ;)

Wednesday, September 29, 2010

Birthday 29.09.2010

Actually bukan birthday aku pun...birthday aku dah pun lepas kan :P Tapi seronok bila tgk org celebrate dia. Pagi ni budak office nyanyi 3 bahasa sekali gus utk birthday song. hehehehehe memang tak terkata gelak... Ptg lak...birthday boy belanja Secret Recipe Cheze cake. Tgh sesi pembahagian cake pd semua staff aku masih dlm cash room siapkan keje sikit. Tiba2 dengar namaku dipanggil..."Diah....Diah...Diah mana diah?? Diah dah dpt cake lom?" itulah yg aku dengar birthday boy & kakak panggil. Ambil berat gak tentang aku rupanya bila aku mendiamkan diri lately :)

Call my sayang...ngadu pasal Becky kena cirit birit. Lama gak sembang sebab im worried abt Becky. Tapi dia mcm tak syok je bila aku tanya mlm tadi aku ada call dia ke tak? Dia cakap "tu la ramai sgt call" Bila masa lak aku call org lain. Phone bill penuh dgn number dia je. Tah la... :( ada je yg salah dimatanya....

Aku letih.... tapi perlu ke aku beritau seluruh dunia aku sad?? Nope la its not important. Got to rest and sleep... nite.

Tuesday, September 28, 2010

Mula bertugas seperti biasa

This week aku mula bertugas seperti biasa. Ramai pulak yg tegur dah lama tak nampak aku :) pandai jugak aku menghilangkan diri kan?

Aku cuba rasa gembira...cuba buat hati ceria tanpa masalah....tapi.... tak boleh. Knp? Sedaya upayaku ukir senyum dibibir. Tak seorang pun yg tahu sejuta luka terguris dihati ini. Harap2 semuanya berjalan lancar... moga Allah rahmati aku...

Dah beberapa mlm ni aku susah lelapkan mata... knp aku jadi mcm ni? Entahlah... aku risau... semua serba tak kena. Dan aku tak de tempat mengadu kerana tiada siapa yg sudi mendengarnya. Apalah sgt kata2 dari aku yg mengada ni kan. Penting ke semua isi hatiku ni? Tak pun. :( Dah la.... aku tak de mood....

Sunday, September 26, 2010

Love you sayang

12.30am - 4.00am
Bergayut telefon dgn my sayang. Hehhehehehee.... lama kan? Tapi aku seronok. Itulah waktu paling gembira dan bahagia buat aku.

Apa yg kami bualkan selama hampir 4 jam tu? Mcm2...percaya la.... Petah berkata2 my sayang kali ni. Dan tak kering gusi bila berbual. Sama2 dah blur so sama2 cakap benda yg bukan2 :P Di sebalik setiap perbualan kami baru aku sedar... dia amat menyayangi aku selama ini. Yg amat buat hati ku tersentuh bila dia berkata... "Bila dpt keje je nanti nak kawin dulu..." :) Aku saja je nak usik dia..."ada ke org nak?" "tak kisahlah ada ke tak" hehehehe....

Baju raya dia cantik sgt. Colour merah. Dia ckp mcm gong xi fa chai. Pada aku tak de la merah sgt. Katanya pemberian dari kenalan mak dia. Aku ada niat nak belikan dia sepasang baju melayu before ni tapi aku takut dia tak nak terima pemberian aku. Tanya pasal kuih yg aku bagi aritu. Dia kata sedap...mak dia pun suka. Aku cakap nak bagi lagi raya haji nanti. :)

Segala-galanya kami kongsi mlm tadi. Dan satu lagi yg buat aku tersentuh bila dia nak jumpa aku. Tak sabar sgt nak jumpa aku. Ya Allah...ini ke balasan segala penderitaanku ini? Syukur Ya Allah...aku bersyukur kerana sedikit demi sedikit doaku kini dimakbulkan... :)

Sayang...
Insyallah...apa yg kita harapkan..apa yg kita impikan...apa yg kita sama2 inginkan akan tercapai. Jgn putus harap ye sayang. I love you so much....
4am my sayang suruh stop sebab nak aku tido...dah lewat sgt dah. Miss you sayang...

Saturday, September 25, 2010

Miss you....

Tghri tadi chat dgn my sayang kat FB. Lama btl sampai ptg hehehhehe :P
Rindu.... itu je word dpt aku luahkan. Dari cite aku gi KL, raya, kuih tart, rajuk ku, kucing..mcm2 la...sampai 5.30pm kami stop. Lama kan? Dari Fb ke YM dgn webcam :P

Byk yg kami bincangkan..aku rasa inilah yg terbaik sebab dpt luahkan semuanya. Dan jelaskan semuanya. Thanks sayang. Kerana masih setia cinta & sayang pd ku. Terubat rindu nak tgk muka dia..lama tk webcam. Nak jumpa tu tah bila kan. Semakin rasa sayang bila kami berbual mesra mcm ni. Manja..sgt2..

Aku harap semuannya akan kekal mcm ni. Aku harap hubungan kami semakin close. Itu doa ku amin! I love you so much sayang....nuthing can change it.. nuthing can buy my love.

Love....
~Diah Yunalis~

21 - 24 Sept 2010 @ KL

Selasa aku naik bus ke KL. Memang rasa tk best pun tp apa nak buat dah tugas kena la pegi jgk. Best jgk training kali ni sebab jumpa org berbeza & mcm2 situation yg kelakar berlaku sewaktu training dijalankan. Kuar merayap dgn geng2 training heheheh...tgk movie. Best betul cite Resident Evil (3D) berbaloi la wlu pun tiket mahal sikit.

Tghri before gi KL tu aku call my sayang. Dapat gak bercakap dgn dia. So happy..tu la yg buat aku bersemangat sikit nk pegi kot. Hari seterusnya pun call dia waktu mlm...dpt la bersembang panjang. So happy & fun talking to him :)

Thanks to Dato K yg book bus tiket for me walaupun tk suruh siap hantar tiket ke reception hotel ;) Risau sgt aku sorang2 travel sampai tiket bus pun duk depan dekat dgn driver takut aku apa2 duk blkg ti. Terima kasih ye!

Monday, September 20, 2010

Pergi....

Hari ni aku mula bertugas seperti biasa. Hati tak seceria biasa. Fikiran tidak pada kerja. Tapi aku harus teruskan hidup. Makan pun tak lalu aku nak telan. entah lah...... :(

Persiapan training kat KL pun aku tak kuasa nak buat. Tiket bus tak beli. Baju tak packing lagi. Semuanya la aku malas nak fikir & buat. Tak de mood. :(

Dah 11 hari menyambut hari raya tapi aku tetap tak ceria pun. Dah 13 hari my sayang tak jawab call. Call la waktu apa sekali pun tak kan dia jawab. Kalau dulu berkejar2 nak jawab bila aku call. sekarang tak dah :( Tah lah..... Di bibirnya tak pernah dia ucapkan dah berubah cinta & sayang pd ku. Tapi di hati..... siapa yg tahu....... Really miss him so much! Tuhan je yg tahu bagaimana perasaan bila kita tak dibenarkan mendengar suara someone yg kita sayang & rindu. Rutin harian yg dipenuhi gelak tawa kami sewaktu berbual di telephone pun dah tak de lagi. Mungkin sudah masanya.................

Aku akan pergi esok.... Aku harap dia akan sentiasa jaga dirinya baik2. Jaga mkn minum. Hatiku ini biarlah aku pandai2 menjaganya :( Andai aku masih ada ruang di hatinya pasti dia akan kembali kepadaku... itulah yg mampu aku harapkan..... :( :(

Saturday, September 18, 2010

Segalanya terjawab....

Jumaat yg suram...
Aku tiba Segamat 11.30am. Letih tapi seronok ditemani gelak tawa Aifa. Hilang seketika kesepian & kesedihan ku ini.

Nampak my sayang kat FB. Tegur pn tk reply. Pelik. Sampai hati dia buat aku begini. Akhirnya dia menjawab segala persoalan yg bermain difikiran aku selama 10 hari tanpa dia. Aku dah jangka pemberian itu akan jadi isu. Walaupun pd aku benda tu biasa je tapi aku tak sangka dia ambil hati dan sekali gus telah menyusahkan dia & family. Silap aku juga nak surprise konon tk beritau dia dulu. :( Salah ke jika aku menyintai seorang yg seperti dia? Yg tidak mempunyai apa2 utk membahgiakan aku nanti? Salah ke jika hubungan ini berakhir dgn perkahwinan dan kami tak senang seperti org lain? Bukan ke itu semua takdir dariNya... Jika takut semua itu terjadi kenapa dia menyayangi aku? Utk apa dia cintakan aku? Semua tu hanya utk menyakiti dan melukakan hati aku? Sekarang aku lebih kecewa dari semalam....aku menangis...berdoa... utk apa hidup jika Tuhan terus terusan menduga aku begini??? Mampu ke aku tempuh semua ni sekali lagi?

Semua persolan itu bkn saja dia fikirkan tapi dari 1st time aku ucap I love u sayang...aku sudah fikir tentang "Kita". Boleh ke aku hidup dgn seorang OKU? Blh ke dia bahagiakan aku? Boleh ke kami mempunyai anak & family seperti org lain? Boleh ke parents kami menerima hubungan "Kita" ini? Semuanya....segala-galanya... aku pertimbangkan. Aku cuba tidak menunjukkan kerisauan ini. Cuba utk buat dia happy. Cuba beri kembali semangat yg dia telah hilang 3 tahun dulu. Sedaya upaya ku cuba utk membantu dia bangkit kembali dari kekecewaan. Tapi..... jawapan yg aku dpt....dia telah dahulu berputus harap dariku.... Mungkin dia tidak memerlukan aku dlm hidup dia lagi :( Mungkin aku hanyalah bebanan yg amat besar bagi dia. Mungkin juga aku harus mengalah skrg??

Petang semalam segalanya telah kami bincang dgn jelas. Tapi tak de satu pun keputusan yg dpt mengurai kekusutan ini. Aku kecewa dgn sikap dia yg tk pernah memberi aku sedikit peluang pun utk berada di dlm hatinya. Harapan ku tetap menggunung terhadapnya. Cuma.... kali ini aku mengaku kalah... aku mengaku yg aku gagal buat dia happy....... :( :( :(


~~Confession of A Broken Hearted Girl~~

Sunday, September 12, 2010

AidilFitri 2010

Malam raya lagi lepas siap berkemas kami keluar ke Secret Recipe mencari cake. Hehehehhe kelakar btl. Dah 2 hari tak bercakap dgn my sayang... susah btl nak contact dia skrg. :(

Pagi syawal semua org happy tapi aku tak. Aku rindu dia. Sampai hari ni aku tak dpt hubungi dia. Tak de wish hari raya langsung dari dia pun :( so sad. Kenapa jadi mcm ni? Dia marah aku ke?

Esok dah nak bergerak ke JB...lusa kot naik Singapore. Tah bila aku dpt jumpa dia...mungkin hanya angan2 je kot. Aku tak nampak kesungguhan dia lagi....dia makin jauh....

Aku rindu sgt2 kat my sayang.... :( Selamat hari raya sayang.

Oh ye! Mcm biasa bila dah beraya tu auncle aunty of coz akan tanya soalan cepus emas. Naik boring dah dengar. Makcik mcm biasa cakap aku makin kurus...tah la knp aku mcm ni... Hope semua ni akan membawa sebuah kebahagian soon.........

Tuesday, September 7, 2010

Aku Terasa...

Panggilan ptg tadi aku ingat adalah utk mengubat rindu yg dah lama ni. Rupa2nya aku silap... perbualan itu bertukar menjadi serious. Dan dia a bit angry dgn apa yg aku bagi dia nanti. :(
Entahlah... akhir2 ni dia asyik marah2 je. Ada je aku buat yg tak kena. Terlalu sebak tadi aku menangis di surau. Ada org nampak..........

Sampai hati dia buat cam tu.....

Monday, September 6, 2010

Raya

Tinggal a few days nak raya dah. Mcm tak best jek...nape tah.
Dah 3 hari call my sayang tak berjawab. Call siang ke..mlm ke.. tetap tak berjawab. Pada hal beritau nak call. Mana tah dia ni..

Siang tadi aku dah bagi kuih kat abang dia. Muka dia agak surprise and blur la bila aku cakap pass kat Za**. Biarlah...dia tak tanya pape so diam je la. Hara my sayang suka...takut sgt2 dia marah bila tgk apa aku dah bagi ti.

Letih... nak rest...
Selamat malam Malaysia.
Miss you...Sayang..

Sunday, September 5, 2010

3 months Anniversary

September... genap sudah 3 bulan perkenalan kami. Cepat sungguh masa berlalu...seingat aku kami kenal sebelum World Cup bermula lagi. :)

Selama 3 bulan... aku sungguh happy. Walau tak bertemu muka lagi..walau hanya suara dan webcam jadi peneman setia kami..aku tetap happy. Aku berdoa agar ia nya kekal hingga akhir hayat..

Hari ni berbuka puasa di rumah Sister in law. Melayan telatah Aifa si cute. Dah makin besar...dah pandai berbual dgn org. Ke bazar sambil mencari baju raya tapi hampe...tak de yg berkenan.

Mata a bit sleepy tapi promise to call my sayang...

Daa~~~~

Thursday, September 2, 2010

Khamis yg Cute

Today aku cool je...rasa mcm happy je hari ni. Tah knp...
Call my sayang...hehehe dia tunggu lak aku call sebab dah janji nak call back. Bual pasal kucing laks :P Dengar dia tergelak bila cakap Becky tu mkn nasi & ikan tak pandai tapi mkn fries McD paling terror. Tah sapa tuan dia tah, manja bkn main lagi. Hehehehe...

Aku tanya if blh ke aku send bookmark dia sekali dgn kuih. Dia tak kasi hantar dulu. So aku tunggu je dia ambil later. Aku nak buat jadi hamper..dia dah tergelak je...hehehhe... Tibe2...jeng jeng..ada org bersuara.Dia dah agak tu Abang dia...hehehe... So aku end the phone call promise to call tonite..Yg sweet nye bila aku cakap "Love u" dia pun cakap "Love u" sama & serentak lak :P Aku reply..."love u too" terus tersenyum2.

Really love you baby..

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

2 hari misi membuat kuih raya selesai arini. Kuih untuk my sayang pun dah siap. Seronok sgt.
Malam merdeka...aku call my sayang. Lama bersembang hingga tak sedar dah 4.15am heheheh nak sahur dah. So happy berbual dgn dia. Becoz memang dah lama aku tak call dia. Rindu sgt2!!

Mcm2 topic kami bualkan..dr demam, minum air byk2 biar kencing buang panas semua tu, pasal kuih raya, kucing demam, pasal mengundi, pasal dia nak gi KL, etc. Penuh gelak tawa kami. Kadang2 aku sebak...dia menenangkan aku, mengingatkan aku bahawa jgn lupa dia telah hilang separuh nyawa dia 3 yrs ago. Saat2 begini baru aku menyedari bahawa dia amat senang dgn kehadiran aku dlm hidup dia. Tak pernah sekali dia memarahi aku dgn meninggikan suaranya. Kami sering berkongsi masalah..gembira ..suka duka... Aku tahu dia sunyi... sepi...sendirian di sana.

Syukur kami ditemukan 3 bulan yg lalu....
Sayang...walau apa pun terjadi i tetap akan berada disamping u. Tak kira apa pun jadi nasib & takdir kita selepas ini. I cuma minta u bersabar ye sayang...ada rezeki you nanti.
Love u very much sayang!

Your Sayang~~
Diah Yunalis

Sunday, August 29, 2010

Shopping & Cinta

Semalam sehari suntuk shopping kat Melaka. Cari bahan2 utk membuat kuih. Cari baju raya. Mcm2 nak cari :P aku dpt beli sehelai baju kurung. Jadi la utk raya tahun ni bukan seronok sgt pun nak beraya kali ni. Entah knp........

Hari ni juz berehat kat rumah, terlalu letih bershopping semalam. Talk to my sayang..dia demam. Aku call semlm berkali2 tak jawab so send sms may be dia terasa dgn sms tu. Aku worry sgt2 bila dia menyepi begitu. Sebab naluri aku berkata dia not in good condition. Aku harap dia bertambah sihat esok.....degil...sakit suka tanggung sorang2 tak nak share.

Esok misi membuat kuih bermula......
Selamat malam...

Friday, August 27, 2010

Sepi

Sepanjang minggu ni aku tak banyak cakap sgt. Aku sensitive sgt lately. Sikit je boleh buat aku tersentuh. Sikit je boleh buat aku menangis. Sayu...sepi...hati ini....

Hari ni seperti biasa bz kat office. Cuti kot tu yg ramai customer. Lepas solat zohor sambung baca novel aku. Hahaahhaha...blh terkasima lak menangis... kantol btl tadi. ;) Then turun balik nak sambung keje..sampai kat tepi pintu.......menjerit aku terkezuutttt... si Syahir sergah aku. Bukan main syok dia gelakkan aku terkejut. Bagai nak luruh jantung aku. Nasib aku tk ketuk dia tadi. Kurang asam betul tau!

Aku mula bercuti esok hingga 31 Ogos. Nak buat persiapan hari raya. Tadi je inti tart nenas aku dah hangus. Adoiiiii la... knp niii???? Nak tido awal tapi mata tak ngantuk lak. Ayah balik dari terawih je dah hulur sekotak burger kat aku...hehehehehe..... mcm best jek..

Seronok ptg tadi tgk pelangi...siap paksa Becky tgk sekali tadi. Heheheheh... degil ek ;) Becky pun sejak dua menjak ni bukan main manja dgn aku. Nak mkn suap2 la... nak gesel2 la... nak dukung la... manja bukan main lagi dia. Ok la... nak mkn burger lak sambil tgk tv :P

Thursday, August 26, 2010

Birthday Mom

Hari ni birthday mak yg ke 57 thn. Tak de la sambut besar-besaran. Mcm biasa mkn satu family. Mcm biasa jugak mak order apa dia nak then anak dia ni tlg bayar :P Lari gak budget nak raya ni tapi bagi je la..tah bila lagi aku nak merasa saat mcm ni bila org tua dh tak de nanti.

Hari ni jugak sebenarnya aku ok je dari pagi tadi. Keje mcm biasa jugak. Bz sikit hari ni tapi boleh manage lagi la. Juz agak berkecil hati... jauh hati...terasa hati... dgn sumone. Tak pe la... hope dia tak tau............

Tak de mood nak sambut raya tahun ni....apa pun tak buat persiapan lagi. Esok may be nak ke kedai beli langsir utk bilik aku ni. Plan nak beli colour orange or peach sebab nak match kan dgn conforter beli aritu colour orange. Then nak ke Melaka shopping sabtu ni. Tgk la nanti apa yg berkenan di hati nak beli. Kena beli baju kurung gak..... :( dah lama tak beli baju kurung or kebaya. Then Ahad & Isnin boleh buat kuih. Kena siapkan kuih sebab nak kirim ke Pekan. Hope dia suka.

Mata dah ngantuk...nak tido dah....nite...

~Diyy~

Tuesday, August 24, 2010

Lily Buat Najah

Bermula la episod menghabiskan novel bertajuk LILY BUAT NAJAH.
Lepas solat zohor tadi terus start baca semula...duk sebelah Syahir (officemate) nak ketawa pun ada nk marah pun ada. Dah le dia tido pakai sunglass...tah pape je dia ni. Aku baca je la novel ni selamba land aku la..pedulik apa bos lalu ke sapa lalu ke. Lepas tu Syahir dah jaga..mcm2 stail la dia ni buat menyanyi la..lalu pergi balik tepi aku ni la... aku buat dek je baca je novel aku. hehhehehee.... Dugaan betul la nak baca novel ni sampai habis. Tgh syok2 tu...Kak Fizah lak dtg je terus tolak buku aku pegang tu. Ngacau je marahku... hehhehheheh....actually control ayu..airmata dah berkaca2 nak meleleh ni heheheh...

Bila la nak habis baca cam ni....

Monday, August 23, 2010

Monday Blues

Hari ni pagi2 dah termenung. Tah knp...Apa yg aku fikirkan sebenarnya?
Keje tak la bz mana pn. Cuma jiwa sedikit kacau. Byk masalah. Byk nak fikir.

Lunch break...chat dgn my sayang. Dia dah jawab semua soalan aku tu...dan itu lah jawapan yg tepat aku patut dengar agar tidak rasa bersalah aku nanti. Anyway itu hanya la sekadar ingin tahu & pendapat. Tak lebih dari itu. Dan tak mungkin menjejaskan keputusan aku selama ini insyallah... Mulai esok aku tak bawa netbook ke office lagi. Tak nak la chat lagi...rasa mcm penyibuk je....

Hujan lebat tghri tadi...guruh kilat kuat sangat2. Ya Allah! Knp mcm ni? Malam tadi tgk bulan mengambang penuh lagi...sayu je rasa di hati. Knp eh?

Aku cuba habiskan novel yg dah berbulan aku tinggalkan ini. Setiap kali baca pasti aku jadi sedih so terpaksa la baca berperingkat. Tapi kali ni kena habiskan juga walau aku tahu kesudahan ceritanye Najah mati. Hujung minggu ni aku cuti panjang. Nak kemaskan rumah, buat kuih seperti yg aku janjikan, nak ke Melaka cari baju raya. Tgk la nanti mcm mana...semua tu hanya merancang.

Aku cuba nak ceriakan kembali hidup aku. Walau luarannya org tgk aku ketawa..aku tersenyum riang..tapi di dlm peritnya aku saja yg tanggung. Biarlah begitu. Aku terima dugaan Tuhan kpd aku. Mata dah perit walau baru 8.35pm...tunggu solat insya' then cuba baca novel ni then tdo....

Selamat malam duhai malam.....
~Pretty Woman~

Sunday, August 22, 2010

Sakit

Berbincang panjang lebar mlm tadi...
Memang aku jadi tak seronok tapi memang salah aku. Nampak sgt aku ni jahat dr mata dia. Biarlah.... Kalau aku di reject because of that aku nak buat cam ne. Hati & perasaan org tak blh nak paksa suka kat kita atau sayang kita. Kalau itu kehendakNya......apa daya ku lagi...

Beberapa jam sebelum berbuka puasa aku terasa amat sakit sgt. Cuba bertahan agar selesai puasa ku hari ni. Tah..kali ni memang aku tak kuat lagi dah nak bertahan. Tak mcm dulu aku rela menahan sakit dr pergi ke clinic or hospital. May be skrg aku mula berfikir...kalau apa2 jadi pada diriku sapa nak jaga mak & ayah nanti? Kalau aku mati pun cuma dorang je yg akan rasa kehilangan aku. Kenapa aku cakap mcm ni malam2 buta gini???

Hati ibu mungkin dpt rasa kesedihan anaknya kan? Aku tau mak perasan aku tak seceria biasa. Aku byk habiskan masa dgn netbook aku ni. Melayan Becky. Berdiam diri yg paling kerap berlaku. Bila aku sedih...aku cuba hiburkan hati walaupun tk berjaya... Kadang2 tu airmata menitis je tiba2. Andai dpt aku undurkan masa.... akan aku ubah nasib dan takdir yg berlaku ke atas aku dulu. Andai Tuhan ingin mengambil nyawaku sekali pun biarlah tertunai satu2 nye harapan ku ini.

Perlu ke aku mengalah sekarang???

~Broken Hearted~

Friday, August 20, 2010

Salah ke?

Ini lah sebabnya aku tak bagi tau org aku dah ada blog. Aku takut mengguriskan hati org lain je. Sebab kdg2 kata2 aku kat sini main lepas je. Sebab bagi aku inilah tempat utk aku melepaskan geram & meluahkan rasa hati. Tapi aku harap semua pihak dpt menerimanya. Sama2 dah dewasa so aku yakin tak kan bertindak membuta tuli je.

Lately ni apa je aku buat serba tak kena. Kat office ada je yg tak kena. Ada je org lain nak comment tindakan aku. Salah ke apa aku buat selama ni? Dah la mcm kena buli je kat office tu. Sebab aku sorang je Officer melayu kat situ. Aku malas la nk bising2...malas nak marah2..dh le bulan puasa ni nanti kurang pahala puasa aku. Tapi bila limit aku tu dah terlebih & melampau. Kesabaran aku teruji jugak. So bila aku sudah marah.........faham2 saja la ok.

Lepas buat solat istikharah aritu...aku dapat la rasa sumthing. Tapi aku masih tak pasti ini ke tanda2nya? Itu ke jawapannya? Memang petunjuk tu byk dan berat ke arahnya tapi..... betul ke itu tanda2 dia? Aku perlu buat sekali lagi solat tu....

Time2 jiwa kacau ni, Becky je la teman pengubat hati aku. Berkepit dgn Becky. Main2 dgn dia. Makan dgn dia. Bercakap dgn dia. Manja2 dgn dia jugak. :)

To my sayang (if you baca blog ni)... I hope u tak salah sangka dgn apa yg u baru dpt tau. I tak de pun niat nak duakan u. I sayang u. Always... I selalu berdoa agar apa yg pernah kita rancang & hajatkan akan menjadi kenyataan. Dan i harap juga u tak kan putus asa dgn segala usaha selama ni......



PadaMu ku bersujud....
~~Diah Yunalis~~

Thursday, August 19, 2010

19 August 2010

Pejam celik pejam celik dah nak penghujung August. Risau la....
Esok 20 August 2010... 3 yrs ago ni date aku tunang... (20.08.2006) hehheheheh apa kes pegi ingat benda2 ni daaa....

Tghri tadi call my sayang. Risau sebab senyap je dari semlm. Call tak jawab. Tak online. Sakit ke? Lappy dah kong katanya...hehhehe...sah boring tahap cipan la tu... :P Sempat gak bergurau pasal hp. Aku suruh dia simpan hp dlm seluar. Dia cakap nanti vibrate bahaya...heehheehheh... sama2 tergelak. So sweet walau short conversation. I really miss him... (malu arrr..) and i know...dia tau i love him so much...

Today dah 9 hari berpuasa... suasana raya dah mula terasa. Dah sibuk beli order kuih muih raya :P Aku dah janji my sayang nak buat kuih Tart Nenas. Tak rasa terpaksa pun nak buat sebab tu mmg rutin aku every year sebab aku suka giler kat kuih Tart Nenas. Hope dia suka kuih tu nanti....

Aku ngantuk....tapi nk tgk tv dulu.. daa~~~
Love you baby..

Monday, August 16, 2010

I Love You

Title gedik je hehehhe...
Memang aku cintakan dia. Sayangkan dia. If not buat apa aku sanggup hadapi risiko ini?
Betul ke lepas buat solat Istiharah, tanda2nya dtg dr mimpi? Or tanda2 itu byk berat kpd sesuatu or seseorg tu je? Hishhh aku confuse ni.

Semakin hari semakin sayang. Semakin hari semakin cinta. Tak mungkin aku nak tinggalkan semua itu begitu saja. Tak mungkin!! Mustahil bagiku. Semoga Tuhan berikan aku petunjuk itu...Amin!

Eh actually bkn nak cerita tu. Tapi nk cakap pasal kuih cucur badak & putu piring. Lawak dah kuih ni jadinya. Topic hangat page facebook ku. Semua sebut pasal kuih ni & siap ada picture lagi. hehehehehe... tapi aku dah delete sebab tak nk my syg terasa hati. Apa2 pun lega dia dah dpt rasa kuih putu piring tu semlm. Wlu pn dia ckp tk berapa sedap tapi tk la kempunan nanti kan.

Aku lak today bz memanjang. Cuba buat cool and malas nak marah2. Buat keje sendiri lagi bagus...drpd ambil tahu hal org lain. Hope esok lebih menceriakan hariku.

I miss.... everything about you.....

Sunday, August 15, 2010

Menanti petunjuk dariNya...

Malam tadi aku tunaikan solat isthikarah....
Mencari ketenangan dan jawapan dalam hidup aku ini.
Sudah beberapa mlm tidur ni tak lena. Sering terjaga di awal pagi..tertanya2 knp jadi begini??

9 July 2010

35th Birthday...

Nuthing great about it juz my age gain 1 more year :)
No celebration. No wishes. Eh! Actually my sayang wish me okay. Itu sewaktu kami berbual di telephone dari 12 am - 5am @ 9 July 2010. :P

8 July 2010 @ 12.34pm aku dapat new title bila anak buah kesayanganku dilahirkan. Putri Aifa Amanina Binti Mohd Faisal. Itu lah birthday terbaik dlm hidup ku. Mcm biasa aku cuti pada birthday aku tu. Banyak giler wishes kat FB. Thanks to all my frens.

Yang lebih membuat hidupku bahagia adalah seseorang telah memenuhi kekosongan hidupku waktu ini. :) Semoga Allah melindungi impian, harapan dan cita2 kita.. amin!

June 2010

Orang cakap jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Jadi benar la itu...

Secara tak sengaja berkenalan dgn sumone in FB. Actually dah lama add dia cuma tak pernah or lebih tepat tidak langsung bertegur sapa sebelum ni. Tapi perbualan ptg itu menjadi lebih mesra dan intim. Dan baru ku tahu siapa dia sebenarnya selama ini. Dah lama aku mengenali dia rupanya tapi sekadar dari jauh melalui org lain. Cerita2 hangat dia sering ku dengar dan sering juga aku berharap dpt bertemu dgn nya...heheheheh...

Dan di sini lah ceritaku bermula.....

Sunday, June 6, 2010

22-31 May 2010

On long leave time ni....
Plan terpaksa cancelled due to dad injured tgn kiri dia terjatuh. Panic gak masa tu bila dengar dad kena tahan wad. Nasib semalam je stay.

26 May aku ikut bro blk JB. Saja nk hilangkan boring cuti lama2 ni. Esoknye mmg boring la pd aku sebab bro & SIL ku keje. Tapi tk sangka lak kami kena naik KL atas urusan penting masa tu. Sebelum tu aku dah berFB and chatting. YM masuk dr Ridzman Azzahari. Pelik mcm kenal tapi aku lupa. Lama bersembang dan aku terpaksa logout sebab terpaksa gerak ke KL masa tu. Tukar2 number hp dan bermula la cerita kami... Bersms dan telephone tanpa henti. Puas dia pujuk ajak berjumpa dan akhirnya keesokkan hari aku bersetuju utk berjumpa dgn dia sebelah mlm. Berdebar juga sebab aku tk kenal sgt dia before ni.

Tak sangka malam tu semuanya berjalan dgn lancar. Family aku juga suka dia. Perkataan pertama keluar dari mulut dia sewaktu kami masuk ke dlm kereta.... "Kita nk ke mana princess? " :) Then dia minta aku meletakkan tgn di atas tgn dia... aku pn tak tau dia nak buat apa so juz follow je la. Lepas letak tgn tu dia terus genggam tgn aku dan kiss tgn aku. Aku terkejut sambil pandang dia. Dia juz tersenyum. "Takut lagi tak nak jumpa I?" Aku cuma tersenyum.

Byk yg kami sembang sewaktu dlm kereta menuju ke destinasi yg tak tau hehehheeh.... Indah detik2 tu...he so nice to me. Rasa terpikat pun ada hehheheh... adoi la. Dia kerap menyanyi2 kecil sewaktu driving... so cute and sweet. Malam tu hampir 2am kami balik tapi amat berbaloi sebab dpt meluah rasa bertemu muka. Aku takkan lupakan detik2 manis itu... hope semuanya ok... Gonna miss him :(

Sunday, May 2, 2010

May 2010

Diam tak diam dah masuk May...
Apa je pencapaian yg dah aku dpt tahun ni....
Bonus 3 mths... :P areas back dated 2009 :P tu je la kot...
Target nak mengakhiri zaman solo tak kesampaian jugak lagi. Calon pun tak de so jgn harap la... :( Seksa btl dgn tekanan sekeliling....

End of April...terjumpa balik dgn sumone yg dah lama sgt aku cari... So sweet dpt jumpa balik and chat cerita2 manis sewaktu zaman sekolah dulu. I really miss him!!! Erkkk tapi dia tak tau tu ek. hehehehhe.... Hope ada sumthing between us sekali lagi....

Damned bored gonna end it now.... daaaa~

Sunday, February 14, 2010

14 February 2010

Valentine's Day.....

Mcm hari2 biasa bagi aku...tak pernah nak celebrate benda2 mcm ni. Kalau nak bagi bunga or chocolate hari lain mcm tk blh bagi.

4 days cuti sempena hari raya cina, bosan siut duk rumah je. Dapat la jugak berehat & tido puas2...tapi bosan sebab sebelah rumah ni ada wedding so memekak je. Lagi pun semua sedara mara yg gi wedding tu asik dtg rumah aku. Mcm R & R lak rumah aku ni jadinya.

Actually aku nak update blog ni yg dah lama aku tak jengah2. Byk benda menarik nak tulis tapi masa yg tak de. Kerja tiap2 hari kalau tk puku 8pm tak blk2 lagi. Tension!!! Presure sgt2. Nak luahkan kat sapa pun tak tau. Kalau ada bf ke, fiancee ke, husband ke blh la jugak cerita ni sapa je yg sudi dgr. :(

Aku mmg dah habis fikir nak resign cari keje lain. Mana blh tahan keje mcm lembu cucuk hidung. Kena ikut je cakap org... kena keje sampai tak de masa utk diri sendiri. Buat bagus mana pun nobody apreciate, baik blah! Hati tak de sakit. Sapa tau rezeki keje tempat baru nanti aku berjumpa sumone..may be jodoh aku. Bosan la hidup kat sini skrg!!!

Yg penting skrg aku kena tabah dgn hidup aku. Byk dugaan..... Aku tahu ramai yg sayangkan aku. Nak yg terbaik utk aku. So aku kena buktikan pd semua aku mampu lakukan. So next step kena submit resume dulu..hehhehe harap2 dpt. 2nd step...kena memikat hati "Dia" :p

Aku stop dulu sebab perut dah lapar....daa~